Semua orang bercinta dan pernah bercinta. Ada yang bercinta masa sekolah. Ada yang bercinta masa bekerja dan ada yang lagi Godfather menjadikan bercinta sebahagian dari hobinya di masa lapang. Tapi tak semua orang pandai bercinta. Tak semua orang tau perbezaan mencintai & dicintai. Yang lagi sadis, tak semua orang tahu perbezaan cinta dan sayang. Saya ada menyediakan beberapa perbualan ringkas sy dgan beberapa orang terpilih .
Apa makna cinta pada mereka?
"cinta tu...err..kra couple la.bukan kawan biasa la.pi tengok wayang,makan-makan"
- Muhd. Ashraf Razak (beruniform sekolah ketika ditemui)
- pekerja buruh kasar (nama dirahsiakan)
"cinta-cinta ni mana saya tau bang.saya underground.tak layan benda-benda ni.malu la kalau kantoi ngan member"
- Boy (rocker sejati)
"cinta ni universal.terpulang pada setiap individu masing-masing.setiap manusia diciptakan dengan pelbagai ragam dan sifat2 tersendiri.....(dipotong bagi menjimatkan ruang)"
- Nur Kamariah Kassim (nama sebenar)
- Pelancong Korea - kamutakcun .
"cinta?pakcik dulu kawin mak bapak pakcik yang cari.sori la pakcik nak cepat ni.."
- Pakcik Ribut
No comments:
Post a Comment